Sunday, 24 August 2014
UFO Di Kedah (1998)
ALOR SETAR 14 Mac (1998)-- Sekumpulan pelajar di Taman Orkid, Simpang
Empat dekat sini mendakwa mereka terlihat objek seperti piring terbang
atau lebih dikenali dengan UFO ber-hampiran taman perumahan itu malam
kelmarin. Menurut mereka yang mendakwa melihat kejadian tersebut dari
jarak kira-kira 100 meter, objek sebesar saiz dua buah kereta itu
berlegar-legar di kawasan itu selama beberapa minit dan sempat
menyuluhkan lampu ke arah pelajar-pehjar terbabit. Pelajar terlibat
memberitahu, objek tersebut yang mempunyai empat sayap di ekelilingnya
mengeluarkan cahaya lampu di bahagian tepi dan juga di bahagian bawahnya
Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah di mana UFO tersebut berada. - Foto Utusan Malaysia
Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah di mana UFO tersebut berada. - Foto Utusan Malaysia
Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan
kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah di mana UFO tersebut
berada. - Foto Utusan Malaysia
Mohd Firdaus Rashid, 12, berkata, objek itu seperti
mahu mendarat di kawasan bendang berhampiran. "Tiba-tiba sahaja ia
berada di kawasan tersebut sebelum naik ke atas langit dan terus hilang
dari pemandangan kami.
"la menyuluhkan lampu kepada kami beberapa kali dan
ketika naik ke langit ia memadamkan kesemua lampu," katanya ketika
ditemui hari ini.
Menurutnya, dia dan bersama enam lagi rakannya sedang
bermain ketika kejadian itu selepas mengerjakan sembahyang maghrib di
surau berhampiran.
Rakannya, Mohd. Nazrin Rozali, 11, pula berkata,
objek itu mengeluar-kan bunyi seperti kapal terbang tetapi tidak begitu
bising dan warnanya seakan-akan kelabu.
"Objek itu tidak berpusing dan kami nampak empat
sayap di sekelilingnya dan lampu bawah objek itu se-perti menyuluh ke
tanah," ujarnya. Menurutnya, tidak ada kesan gegaran ketika objek itu
berada di kawasan tersebut tetapi mereka dapat merasakan angin yang
datang daripada piring terbang itu.
Seorang lagi pelajar terlibat, Ihsan Ibrahim, 12,
berkata, mereka menyangka objek yang bercahaya itu bintang ketika ia
datang ke kawasan tersebut. Menurutnya, mereka melambai-lambaikan tangan
he arah objet tersebut walaupun berasa takut.
Tentang Admin
Assalamualaikum semua! Pertama sekali, Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda2 diluar sana yg tidak jemu menyokong saya. tanpa anda. Tak ada la blog ni haih!
NAMA: KHAUSAR SHAHRIZAL
LOKASI: KEDAH, ALOR SETAR.
Add saya di Facebook: https://www.facebook.com/crackedmeme
Mudah & Cepat untuk ke utube! c: http://adf.ly/uHCmQ
NAMA: KHAUSAR SHAHRIZAL
LOKASI: KEDAH, ALOR SETAR.
Add saya di Facebook: https://www.facebook.com/crackedmeme
Mudah & Cepat untuk ke utube! c: http://adf.ly/uHCmQ
Subscribe to:
Posts (Atom)