Sunday, 24 August 2014

UFO Di Kedah (1998)

ALOR SETAR 14 Mac (1998)-- Sekumpulan pelajar di Taman Orkid, Simpang Empat dekat sini mendakwa mereka terlihat objek seperti piring terbang atau lebih dikenali dengan UFO ber-hampiran taman perumahan itu malam kelmarin. Menurut mereka yang mendakwa melihat kejadian tersebut dari jarak kira-kira 100 meter, objek sebesar saiz dua buah kereta itu berlegar-legar di kawasan itu selama beberapa minit dan sempat menyuluhkan lampu ke arah pelajar-pehjar terbabit. Pelajar terlibat memberitahu, objek tersebut yang mempunyai empat sayap di ekelilingnya mengeluarkan cahaya lampu di bahagian tepi dan juga di bahagian bawahnya

                            Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah di mana UFO tersebut berada. - Foto Utusan Malaysia
         

Sekumpulan pelajar yang telah melihat UFO melakarkan kembali apa yang mereka lihat dan menuding arah di mana UFO tersebut berada. - Foto Utusan Malaysia
Mohd Firdaus Rashid, 12, berkata, objek itu seperti mahu mendarat di kawasan bendang berhampiran. "Tiba-tiba sahaja ia berada di kawasan tersebut sebelum naik ke atas langit dan terus hilang dari pemandangan kami.
"la menyuluhkan lampu kepada kami beberapa kali dan ketika naik ke langit ia memadamkan kesemua lampu," katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, dia dan bersama enam lagi rakannya sedang bermain ketika kejadian itu selepas mengerjakan sembahyang maghrib di surau berhampiran.
Rakannya, Mohd. Nazrin Rozali, 11, pula berkata, objek itu mengeluar-kan bunyi seperti kapal terbang tetapi tidak begitu bising dan warnanya seakan-akan kelabu.
"Objek itu tidak berpusing dan kami nampak empat sayap di sekelilingnya dan lampu bawah objek itu se-perti menyuluh ke tanah," ujarnya. Menurutnya, tidak ada kesan gegaran ketika objek itu berada di kawasan tersebut tetapi mereka dapat merasakan angin yang datang daripada piring terbang itu.
Seorang lagi pelajar terlibat, Ihsan Ibrahim, 12, berkata, mereka menyangka objek yang bercahaya itu bintang ketika ia datang ke kawasan tersebut. Menurutnya, mereka melambai-lambaikan tangan he arah objet tersebut walaupun berasa takut.

No comments:

Post a Comment